PEMAIN pertahanan Barcelona, Dani Alves ternyata mempunyai cara yang tersendiri untuk ‘membalas’ provokasi penonton yang menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan itu dan Villarreal, semalam.
Entah dari mana, sebiji pisang tiba-tiba dilontarkan oleh penonton ke arahnya sewaktu dia sedang bersedia melakukan sepakan sudut.
Tidak membiarkannya, dia dengan selamba mengutip dan mengupas kulit pisang itu sebelum memakannya.
Dia kemudiannya meneruskan permainan dan Barcelona menang 3-2 pada perlawanan itu.
“Saya tak tahu siapa yang mencampakan pisang itu, tapi saya mahu berterima kasih kepadanya. Ia memberikan saya tenaga untuk membantu pasukan menambahkan dua lagi gol,” ujarnya sejurus selepas perlawanan.
Sebagai tanda sokongan, rakan sepasukannya, Neymar dan juga kekasih Alves, Thaissa Carvalhi telah ‘menyindir’ pihak yang membaling pisang itu menerusi laman Instagram dengan memuatnaik gambar mereka memegang pisang dengan hashtag #weareallmonkeys (kami semua monyet) dan #saynotoracism (katakan tidak pada perkauman).
Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY
(Sumber: Daily Mail)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar