KULIM - Ayu (bukan nama sebenarnya) hanya berusia 13 tahun, tetapi kanak-kanak dari Selama, Perak ini, menjalani kehidupan yang terlalu pahit untuk insan semudanya.
Antara yang paling menyayat hati, dia tidak pernah merasa kasih sayang ibu bapa, di samping diperkosa lelaki.
Semasa kecil, anak bongsu daripada empat beradik itu bukan saja sering diherdik, malah dipukul ibu dan bapanya apabila dia melakukan sedikit kesilapan.
Menurutnya, dia akan berasa terasing apabila bersama adik-beradik. Disebabkan tidak tahan dengan sikap keluarga, dia mengambil keputusan melarikan diri daripada rumah ketika berusia 11 tahun. Dia mendakwa sejak daripada saat itu hidupnya semakin terhimpit.
“Sejak kecil lagi saya sudah diabaikan ibu bapa. Saya rasa terasing apabila bersama adik-beradik. Apabila di sekolah saya sering dikutuk dan dipanggil dengan pelbagai gelaran, termasuk bohsia.
"Tidak tahan dengan tekanan keluarga dan kawan, saya melarikan diri ketika saya berusia 11 tahun. Saya pernah balik ke rumah, tetapi dipukul kedua ibu bapa saya. Saya mengambil keputusan tinggal bersama kakak angkat dan tidak bersekolah,” katanya.
Ayu berkata, Disember 2009 adalah detik paling hitam dalam hidupnya apabila dirogol empat rakan abang kandungnya ketika dia baru berusia 12 tahun.
Dia mendakwa, pada malam kejadian, dia diajak keluar rakannya. Apabila tiba di kawasan sunyi, dia diarahkan empat rakan abangnya membuka pakaian dan dirogol bergilir-gilir.
Menurutnya, ketika itu dia hanya mampu menangis dan menahan kesakitan.
“Mereka arah saya buka pakaian dan memegang saya lalu merogol bergilir-gilir. Saya menangis kerana takut, tetapi mereka tidak peduli. Selepas dirogol, saya dihantar ke rumah seorang rakan. Saya membuat laporan polis. dan mereka ditangkap," katanya.
Ayu berkata, sejak kejadian itu dia mula mengenali ramai rakan.
"Saya jalin hubungan dengan dua rakan abang kandung saya, berusia 19 dan 21 tahun. Saya lakukan hubungan seks dengan mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali,” katanya.
Menurutnya, dia masih keliru antara kasih sayang seorang kekasih dan sikap mereka yang hanya mengambil kesempatan.
Katanya, kedua-dua teman lelakinya akan marah jika dia enggan melakukan hubungan seks.
"Saya masih ingin meneruskan pelajaran, tetapi setakat ini tiada pihak membantu," katanya.
Ayu nasihatkan gadis lain jangan membiarkan diri mengalami nasib sepetinya.
"Hargailah usia muda dan teruskan pelajaran. Jangan bergaul dengan lelaki secara membuta-tuli kerana mungkin merosakkan diri kita," katannya.
Ayu berkata, sehingga kini nasib masih menyebelahinya kerana dia tidak pernah mengandung.
"Kalaulah saya mengandung, tidak tahulah apa yang saya hendak lakukan," katanya.
Kepada mereka yang sudah terlanjur, Ayu nasihatkan supaya mereka balik ke pangkal jalan sebelum masa hadapan mereka musnah.
sumber : paapaada
Tidak ada komentar:
Posting Komentar