Sebagai artis popular, penyanyi dangdut Ayu Ting Ting tidak henti-henti dikaitkan dengan laporan sensasi. Berita terbaru mengenai Ayu yang yang tersebar di Internet adalah foto liarnya tanpa seurat benang.
Dalam foto bogel itu, wajah wanita yang mirip Ayu itu tampil dengan senyuman dan gaya nakal di depan kamera.
Bagaimanapun, Ayu tidak mahu ambil pusing mengenai gambar yang tersebar di dunia maya itu.
“Ya, saya sudah tahu mengenai foto yang tersebar di Internet itu. Ayu tidak mahu peduli kerana foto itu memang bukan dia,” kata ibu Ayu, Umi Kalsum ketika dihubungi melalui telefon.

Umi berkata, walaupun Ayu mengambil sikap bersahaja dengan berita itu, tetapi sebenarnya penyanyi lagu Alamat Palsu itu kecewa dengan sikap orang yang bertanggungjawab menyebarkan foto mirip dirinya itu.
“Ayu kecewa tetapi tidak mahu memberi komen kerana wanita dalam foto itu memang bukan dia. Itu hanya perbuatan tidak bertanggungjawab orang yang tidak bermoral,” katanya.
Umi juga berani bersumpah wanita dalam foto itu bukan anaknya.
“Saya berani bersumpah dengan nyawa sendiri dan al-Quran, wanita itu bukan Ayu.
Semua itu tidak benar sama sekali kerana saya bersama Ayu setiap hari dan saya tahu apa saja yang Ayu lakukan,” katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar