Selasa, 08 April 2014

18SX - ‘Gadis Dalam Kandang’ Sajian Baru Kelab Malam Gamit Pelanggan

tarian tiang, kelab malam, pusat hiburan, separuh bogel, pakaian dalam, coli, menari ghairah,
Bukan sahaja menyajikan hiburan tarian tiang, sebuah kelab malam yang baru dibuka di Jalan P. Ramlee turut menjamu ‘gadis dalam kandang’ sebagai tarikan untuk mengunjungi pusat hiburan itu.

Kelab yang difahamkan baru dibuka sejak sebulan lalu tu dipenuhi ramai golongan muda yang bukan sahaja datang untuk berhibur, malah menjamu mata dengan gelagat sekumpulan gadis genit separuh bogel.

Gadis-gadis istimewa yang memakai pakaian dalam seperti coli dan seluar singkat itu akan membuat pertunjukan tarian tiang.

Malah untuk menambah kehangatan, mereka turut menari ghairah dalam dua kandang besi khas bersebelahan pentas yang merupakan tarikan terbaru kelab berkenaan.

Menurut Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa, serbuan kira-kira pukul 1 pagi itu mendapati kelab tersebut menyediakan enam gadis tempatan yang akan melakukan persembahan mengikut masa tertentu.

Gadis-gadis kandang dan penari tiang ini akan muncul pada pukul 10.45 malam, 11.45 malam dan 1 pagi.

“Mereka akan menari ghairah hanya 15 minit sahaja untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu awal pagi ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, kelab itu tidak memiliki lesen sejak dibuka.

“Dalam Ops Noda ini, polis memeriksa seramai 117 pengunjung dan 61 daripada mereka adalah bawah umur.

“Daripada jumlah itu, 25 adalah lelaki serta 36 wanita. Kita dapat mengesan ada di antara mereka yang ditahan masih bersekolah khususnya di tingkatan lima,” katanya.

Kesemua pengunjung bawah umur itu dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk dijamin ibu bapa masing-masing. Kelab itu pula akan disaman kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar