Dalam keadaan nasib para penumpang MH370 yang masih belum diketahui sampai ke hari ini, pihak yang paling bersedih sudah tentulah waris, keluarga dan insan tersayang penumpang terbabit.
Salah seorangnya adalah teman wanita pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid, 27.
Kekasihnya yang dikenali sebagai Nadira Ramli, 26, yang merupakan juruterbang pesawat Air Asia dikatakan telah diberi cuti selama sebulan oleh majikannya bagi menenangkan perasaan dan mengikuti perkembangan semasa pencarian pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lepas.
Dikhabarkan, Nadira kini sentiasa berada bersama ibu Fariq sambil menanti berita tentang insan yang mereka sayangi itu.
Difahamkan, Fariq dan Nadira yang mula berkenalan di sebuah sekolah penerbangan di Langkawi sudah bersama selama sembilan tahun. Pasangan ini juga sudah ke peringkat mahu mengakhiri hubungan mereka di jinjang pelamin sebelum insiden yang menggemparkan negara ini berlaku.
Nadira merupakan anak bongsu kepada Kapten Ramli Ibrahim yang turut merupakan juruterbang kanan di Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) manakala Fariq, merupakan anak bongsu kepada Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Ab.Hamid Md Daud.
Berkenaan isu yang tersebar berkaitan Fariq membawa masuk dua wanita Afrika Selatan ke dalam kokpit, Nadira nyata tidak melatah dan dikatakan meminta agar saudara mara mereka tidak mempercayai sepenuhnya berita berkenaan.
Diharapkan Nadira dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 terus bersabar menanti khabar tentang pesawat ini. Kesemua rakyat Malaysia turut mendoakan kesudahan yang baik bagi mengakhiri penantian kita sejak semingggu lalu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar