Jackie Chamoun Pelumba Ski Islam Lebanon diKecam Kerana bergambar Bog*l di Sochi
Pelumba ski Lebanon yang berpengkalan di Switzerland dilaporkan telah memuat naik gambar-gambar 'topless' dirinya di internet sebagai membantah penindasan terhadap wanita yang berlaku di negara asalnya.
Gambar-gambar beliau tersebut telah membangkitkan kemarahan warga Lebanon termasuk Menteri Sukan negara itu.
Jackie Chamoun yang beragama Islam, mendakwa tidak berhasrat memalukan negaranya tetapi gambar-gambar berkenaan dimuatnaik oleh orang-orang tertentu.
Gambar-gambar beliau dirakam tiga tahun lalu di Pergunungan Faraya, Lebanon tetapi hanya disiar dalam bentuk kalendar pada akhir 2013. Gambar-gambar tersebut mula beredar di internet pada minggu lalu. Penggambaran tersebut bukan berlaku di Sochi.
Kecaman terhadap Jackie Chamoun telah mendorong berpuluh-puluh warga profesional Lebanon memuatnaik gambar bogel mereka sendiri bagi menyatakan solidariti terhadap Jackie Chamoun.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar