KUALA LUMPUR – Tidak ada kumpulan telah membuat sebarang tuntutan wang tebusan susulan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sambil menafikan khabar angin bahawa pesawat telah melakukan pendaratan di suatu lokasi.
Pada sidang akhbar pada Ahad, Hishammuddin enggan mengulas mengenai spekulasi kemungkinan berlakunya bentuk serangan 9/11 dan mengatakan adalah sukar untuk menentukan sama ada ia adalah rampasan atau mempunyai kaitan dengan keganasan.
Katanya, ketiadaan tuntutan wang tebusan susulan kehilangan pesawat menjurus polis melkaukan siasatan dalam aspek lain.
Pencarian pesawat hilang memasuki fasa baru dramatik pada Sabtu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui buat kali pertama bahawa pesawat tersebut telah sengaja dialihkan dan ia mungkin melakukan penerbangan jauh ke utara seperti Kazakhstan di Asia Tengah atau ke arah selatan melalui Lautan Hindi.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Ahmad Jauhari Yahya pada sidang media sama berkata pesawat berlepas dengan bahan api yang dirancang dan tidak membawa bahan api tambahan.
Pesawat tersebut katanya mempunyai bahan api untuk terbang sehingga 8 jam sambil menambah tidak ada bahan berbahaya di dalam kargo.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar