Dirujuk sebagai ‘breaking news’ yang kononnya dikeluarkan oleh BBC dan CNN, video tersebut mendakwa pesawat tersebut telah ditemui berhampiran Segitiga Bermuda manakala 50 penumpang berjaya diselamatkan.
Menurut laman web thehackernews.com; pengguna yang menerima klip video ini akan didorong agar berkongsi rakaman tersebut dengan pengguna Facebook lain sebelum menontonnya.
Hakikatnya, video ini sebenarnya digunakan oleh penggodam untuk menyebarkan perisian perosak (malware) di rangkaian media sosial dan membawa pengguna kepada laman web tertentu.
Cara terbaik jika anda salah seorang pengguna internet yang sudah tersilap berkongsi pos ini adalah memadam pos malware tersebut dari dinding Facebook anda.
Kes rampasan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hingga kini masih disiasat Kerajaan Malaysia dengan bantuan pelbagai negara asing.
- REM RAMZI MYNEWSHUB
Sumber: METRO UK
Tidak ada komentar:
Posting Komentar