Sabtu, 15 Maret 2014

Gempar - Mayat Dibuang Ditepi Jalan Di P.Pinang, Siapa Punya Angkara ?

Mayat

Bukit Mertajam – Mayat seorang lelaki warga asing ditemui terbaring dengan hanya berkain pelekat di tepi dusun durian di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi, mayat itu ditemui penjaga dusun berusia 52 tahun yang kemudian melaporkannya kepada polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata, mayat lelaki berusia 20-an itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di tepi jalan berkenaan.
“Siasatan kita mendapati tiada kecederaan dialami mangsa, namun dia mungkin mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
“Ini berdasarkan empat kes penemuan mayat warga asing sebelum ini yang ditemui di tepi jalan dan hasil bedah siasat mendapati semua mereka mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya. – myMetro Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar