Rabu, 04 Juni 2014
Kehadiran Rihanna Di Majlis Anugerah Fesyen CFDA Buat Kejutan Dengan Tema Berbaju Bogel..
Penyanyi seksi, Rihanna kembali menjadi bualan hangat di kalangan media Hollywood apabila berani menggayakan pakaian menjolok mata di majlis anugerah fesyen yang diadakan di Lincoln Center, New York, baru-baru ini.
Rihanna mengenakan persalinan gaun berkilat yang mendedahkan payudara dan hanya menutup kemaluannya dengan memakai seluar dalam berwarna kulit atau nude selain membawa bulu putih untuk melengkapkan gayanya pada hari itu.
Walaupun pakaiannya dilihat terlalu mendedahkan, Rihanna tetap menerima anugerah tertinggi yang dianjurkan oleh Council of Fashion Designers of America (CFDA) apabila diiktiraf sebagai ikon paling bergaya.
Hai, macam berlumba-lumba artis di sana nak menelanjangkan diri, harap-harap takdelah artis di Malaysia yang mengikut trend sebegini di mana-mana majlis anugerah kelak. Oppss.. ???
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar