Senin, 02 Juni 2014

Jom Kita Tinjau-Tinjau Menu Pelik ‘Buaya Golek’ Di Mana ?




Kita mesti selalu mendegar menu panggang seperti Ayam Golek dan Kambing Golek. Adakah anda pernah mendengar atau melihat menu Buaya Golek.

Di Facebook, ada rakan online yang memuatnaik gambar menu seekor buaya sedang dipanggang ala-ala ayam goek di sebuah restoran.

Memang diketahui ada beberapa negara di Asia gemar menjadikan buaya sebagai menu makanan mereka tetapi tidak diketahu rupanya buaya boleh dipanggang sebegini rupa.

Hasil pemeriksaan lanjut, penulis mendapati cara memasak buaya sebegini banyak dilakukan di Filipina.



Negara-negara seperti Thailand dan Filipina memang terkenal dengan makanan eksotik dihasilkan dari haiwan berbahaya dan berbisa seperti ular, biawak inikan pula buaya.

Dalam satu menu yang dilaporkan blog menu eksotik, dalam bahasa Filipina menu itu dikenali sebagai Lechon Buwaya (Buaya Panggang).

Sebuah ladang buaya di wilayah Rizal, Filipina menawarkan menu itu dengan harga yang berpatutan kerana ia memiliki kira-kira 15,000 ternakan buaya di ladang berkenaan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR), pihaknya membenarkan kegiatan menyembelih dan memakan buaya selagi buaya itu datang dari proses peliharaan dan bukannya yang ditangkap di habitat liar.

Harga buaya panggang mencecah ke P10,000 Peso Filipina (RM735) untuk buaya seberat 18 kilogram dan hanya P8,000 Peso Filipina (RM588) bagi buaya panggang seberat 14 kilogram.

Di Filipina, terdapat 12 restoran menyediakan hidangan buaya panggang seperti ini.

Oleh : IKA


Tidak ada komentar:

Posting Komentar