Senin, 31 Maret 2014

MH370: Objek Oren Yang Dijumpai Tiada Kaitan, Cuma Peralatan Memancing

SAR
PERTH – Beberapa objek berwarna oren yang dilihat dari sebuah pesawat yang mencari Penerbangan MH370 didapati cuma peralatan memancing, kata beberapa pegawai Australia semalam.
Kru-kru pesawat P-3 Orion melihat sekurang-kurangnya empat objek oren bersaiz melebihi dua meter pada Ahad lalu.
Namun, jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), Jesse Platts berkata, semua objek itu telah dianalisis dan disahkan tiada kaitan dengan pesawat Boeing 727-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang.
Perkembangan terbaharu itu meningkatkan lagi kekecewaan berhubung pencarian pesawat tersebut.
Pesawat berkenaan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Ketika kejadian, kapal terbang MAS tersebut membawa seramai 227 penumpang dan 12 kru.
Menerusi radar, pesawat tersebut didapati berpatah balik semasa ia sepatutnya menghubungi menara kawalan trafik Vietnam.
Sebelum ini, petugas-petugas penyelamat telah melihat pelbagai objek terapung di zon pencarian di selatan Lautan Hindi tetapi kesemua penemuan tersebut kemudian disahkan sebagai tiada kaitan dengan Penerbangan MH370.
Dalam pada itu, usaha mencari kapal terbang MAS itu mengalami beberapa perubahan sejak tiga minggu lalu apabila pakar-pakar menukar zon pencarian dari perairan Vietnam ke pantai Malaysia barat dan Indonesia sebelum berpindah ke koridor selatan di perairan barat Australia.
“Operasi itu jelas amat sukar. Kami mencari di lautan yang luas dan berdasarkan maklumat terhad,” kata Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.
Menurut Abbott, usaha mencari Penerbangan MH370 turut menggunakan teknologi tercanggih dan pakar-pakar terbaik dunia.
“Sekiranya misteri ini (kehilangan MH370) boleh dirungkai, kami akan merungkainya,” tambah Abbott.
Namun, katanya, sehingga kini pencarian pesawat yang hilang sejak lebih tiga minggu lalu itu dibuat berdasarkan anggaran dan tekaan bermaklumat.
“(Modus operandi ini akan diteruskan) Sehingga kami mengesan serpihan sebenar Penerbangan MH370 dan melakukan analisis yang boleh memberi petunjuk tentang lokasi pesawat itu di lautan,” jelas Perdana Menteri itu.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 10 pesawat berada atau sedang menuju ke lokasi zon pencarian berkenaan di Lautan Hindi menjelang tengah hari semalam manakala 10 buah kapal turut meninjau di zon sama.
Zon pencarian tersebut terletak sekitar 1,850 kilometer ke barat Australia.
Lebih 100 kru melakukan tinjauan dari udara bersama 1,000 kelasi terlibat dalam operasi mencari pesawat hilang itu semalam.
Kawasan pencarian itu seluas 253,000 kilometer persegi itu.
Pesawat yang terlibat dalam operasi tersebut memerlukan masa dua setengah jam untuk ke lokasi berkenaan dan mempunyai masa mencari selama lima jam sebelum pulang ke Perth. – AP

‘Selamat Malam Pesawat M’sia 370′ – Perbualan Terakhir MH370 Di Dengar

370
KUALA LUMPUR - “Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong” adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam Isnin.
Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.
Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.
Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370. – BERNAMA

MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini Di Teruskan

MH370: 10 Pesawat, 9 Kapal Laut Cari Pesawat Hari Ini
CANBERRA – Sebanyak 10 pesawat dan sembilan kapal akan membantu operasi mencari pesawat MH370 hari ini, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).
JACC yang diwujudkan semalam dan diketuai bekas Mashal Udara Angus Houston di Perth bagi menyelaraskan peranan kerajaan Australia dalam operasi mencari dan menyelamat.
Pusat itu juga akan menyalurkan maklumat secara tepat kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan dan memaklumkan kepada pesawat mengenai maklumat terkini.
Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, kawasan pencarian akan meliputi 120,000 kilometer persegi, barat Perth.
Pesawat dan kapal yang terbabit operasi terbabit ialah dua P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia; Ilyushin IL-76 China; P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat; Gulfstream Jepun; P3 Orion Korea Selatan; P3 Tentera Udara Diraja New Zealand dan P3 Orion Jepun serta sebuah pesawat awam yang menyediakan bantuan sistem komunikasi. – Xinhua

MH370# - Senarai Kekuatan Pencarian Di Lautan Hindi 31 Mac 2014

www.mynewshub.my

Hari ini, sembilan pesawat tentera dan satu pesawat awam digunakan dalam proses mencari MH370 di selatan Lautan Hindi.
Kapal-kapal berkenaan adalah;
Dua C-130 Malaysia
Satu Ilyushin IL-76 China
Satu Pengawal Pantai G5 Jepun
Satu P3 Orion Australia
Satu P3 Orion New Zealand
Satu pesawat awam New Zealand
Satu P8 Poseidon Amerika
Satu P3 Orion Jepun
Satu P3 Orion Korea

(KLIK – Pencarian MH370 Mungkin Makan Masa Bertahun-Tahun)
11 kapal laut turut digerakkan ke kawasan pencarian iaitu;
Lapan Kapal China:
-  Xue Long
-  Kunlunshan
-  Haikou
-  Qiandaohu Jian
-  Jing Gang Shan
-  Haixun
-  Dong Hai Jian
-  Nan Hai Jian

Tiga kapal Australia:
- HMAS Success
- HMAS Toowoomba
- MV Barkley Pearl (sedang transit di kawasan pencarian)

Kapal Malaysia, KD Lekiu dijangka tiba ke kawasan mencari pada 3 April
ADV Ocean Shiled – Kapal yang digunakan untuk mengesan kotak hitam dan Bluefin 21 (kenderaan dalam air) – dijangka tiba di lokasi mencari pada 3 April- Mynewshub.my
Sumber rujukan: http://www.mirror.co.uk/

MH370: Indonesia Berpuas Hati Usaha Malaysia

SAR
KUALA LUMPUR – Indonesia berpuas hati dengan usaha Malaysia menyelaras usaha mencari dan menyelamat (SAR) untuk menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370.
Wakil Khas kerajaan Indonesia Wiwiek Setyawati Firman berkata: “Kami berada di sini untuk menghulurkan sokongan kepada Malaysia meneruskan siasatan serta operasi mencari dan menyelamat.”
Jakarta bersedia menghulurkan sebarang bantuan, kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.
Turut hadir Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno.
Ketika ditanya bagaimana ahli keluarga penumpang warga Indonesia menghadapi tragedi itu, beliau berkata anggota keluarga terbabit melahirkan sokongan penuh mereka kepada Malaysia dan berharap pasukan SAR akan meneruskan misi mencari mana-mana mangsa yang terselamat.
Selepas menemui delegasi Indonesia, Hishammuddin menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia Rod Smith dan Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia Martin Dolan selama kira-kira sejam.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama.
Berdasarkan analisis yang belum pernah digunakan sebelum ini oleh Inmarsat, firma telekomunikasi satelit United Kingdom, dan cawangan Siasatan Kemalangan Udara UK (AAIB), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat itu, bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”. – BERNAMA

Paten AS 2006 Mendedahkan Kapal Boeing Boleh Diterbangkan Dari Darat

www.mynewshub.my
Pada November 2006, syarikat pembuat kapal terbang Boeing menerima paten daripada kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk sebuah sistem yang mana apabila ia diaktifkan, memampukan sesebuah pesawat diterbangkan ke lokasi tertentu dengan juruterbang tidak mampu berbuat apa-apa.
Autopolit ‘tanpa gangguan’ itu boleh diaktifkan oleh juruterbang, sensor dalaman atau menggunakan jaringan satelit serta radio dari jarak jauh oleh agensi kerajaan AS seperti CIA.
Ia bertujuan untuk mengambil alih penerbangan itu andai berlaku cubaan oleh pengganas untuk mengalih atau melencongkan sesuatu pesawat ke laluan atau destinasi lain.
Sistem baru yang dibangunkan pasca 9-11 adalah untuk membolehkan pihak berkuasa AS menguasai kembali sesuatu pesawat dan tidak tunduk sepenuhnya kepada kemahuan perampas.
Apabila sistem berkenaan diaktifkan, sesuatu pesawat itu akan diterbangkan dengan kawalan luar ke lokasi yang telah diprogram lebih awal.
Boeing dalam kenyataan pada 1 Disember 2006 berkata, ada keperluan mendesak dalam industri penerbangan bagi mewujudkan satu teknik yang secara muktamad dapat mengelak invidu yang tidak bertauliah daripada menguasai sesuatu pesawat dan kemudiannya membahayakan keselamatan penumpang atau orang lain dalam laluan perjalanan kenderaan berkenaan, dengan ini ia akan dapat mengurangkan kesan kemusnahan yang mampu dilakukan individu di dalam sesuatu pesawat (yang dirampas).
“Secara khusus, ada keperluan untuk mewujudkan teknik yang akan memastikan laluan perjalanan sesuatu kenderaan adalah berkekalan dengan mengalihkan sebarang proses membuat keputusan yang salah oleh manusia termasuk ancaman keganasan di atas kenderaan (pesawat) berkenaan,” katanya.
Untuk menjadikannya bebas sepenuhnya, sistem itu mempunyai bekalan kuasa sendiri serta bebas daripada pemutus litar kapal terbang.
Kapal berkenaan akan berada dalam mode otomatik walapun telah mendarat dan mekanik atau kakitangan kerajaan yang berkenaan akan dipanggil untuk mematikan sistem berkenaan.
Boeing telah mewujudkan beberapa kaedah untuk mengaktifkan sistem berkenaan.
Antaranya termasuk suis manual untuk ditekan juruterbang atau pengesan khas di pintu kokpit yang akan mula bertindak apabila mode anti pengganas teraktif walaupun hanya tenaga yang minimum digunakan untuk memaksa buka pintu kokpit.
Pilihan lain ialah jaringan tersembunyi di mana pegawai kerajaan atau wakil syarikat penerbangan di darat akan memantau dan mengarahkan kapal dalam mode otomatik apabila sah keselamatan kapal terbang dikompromi.
Jaringan komunikasi radio juga boleh digunakan untuk memaklumkan kemudahan darat atau kapal terbang lain bahawa sebuah pesawat telah diaktifkan dalam mode otomatik.- MYNEWSHUB.MY
Gambar: Nombor paten di sebelah kanan diagram
Sumber: http://glodef.blogspot.com/
www.mynewshub.mywww.mynewshub.my

Panas… PBB Haramkan Pemburuan Ikan Paus Oleh Jepun Atas Nama Sains

www.mynewshub.my

Para hakim di mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini mengarahkan Jepun untuk menghentikan aktiviti pemburuan ikan paus di kawasan Antartika dan sekali gus menolak hujah negara itu bahawa tangkapan haiwan berkenaan dibuat untuk kajian saintifik.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyebelahi plaintif, Australia yang mendapati hasil kajian berkaitan ikan paus itu amat sederhana jika dibandingkan dengan jumlah ikan yang telah dibunuh.
Mahkamah itu menjelaskan, tidak akan ada sebarang lesen memburu paus akan dikeluarkan.
“Memandangkan JARPA II (nama program kajian) telah bermula sejak 2005 dan melibatkan 3,600 pembunuhan ikan paus minke, data saintifik yang dihasilkan kelihatannya amat terhad sekali,” Hakim Peter Tomka dari Slovakia berkata.

Minggu, 30 Maret 2014

MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil

MH370: MIMPI KEDUA Ustaz Darul Manzil
Sebelum ini, Mynewshub pernah siarkan perkongsian mimpi Ustaz Khairul Syakirin Abdul Wahab yang merupakan Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil.
BACA: MH370: Sekadar Mimpi Ustaz Darul Manzil?
Kali ini, kami siarkan MIMPI KEDUA Ustaz Khairul yang dikongsikan beliau.
Mimpi ini dikatakan mempunyai kesinambungan dengan mimpi pertama dahulu dan ‘berlaku’ sebelum kejadian yang ditunjukkan dalam mimpi pertama.
Meskipun sekadar mimpi, niat Ustaz Khairil mungkin sekadar mahu berkongsi apa yang ditunjukkan kepadanya dalam mimpi.
Perkara sebenar, hanya Allah SWT Maha Mengetahui.
…………………………………………………………………………
Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.
Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja ‘friend request’. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.
Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..
Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…
Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. “MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?” Hati saya bertanya sendiri.
Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.
Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.
Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ..
Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.
Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui ke mana kumpulan ini dibawa.
Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.
Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..
Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.
Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.
Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.
Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung.
Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka.
Apa yang saya dengar dari perbualan ‘tukang’ cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.
Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.
Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama..
Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda ‘X’ berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal…
Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu’alam..
———————
PERINGATAN…!!
Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Gambar: Majlis Resepsi Syamsul Yusof – Puteri Sarah

syamsul4
Semalam telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana.
Majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan ini bertemakan Arabic Night yang diadakan di N’dah Catering, Shah Alam.
Antara rakan artis yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Reen Rahim dan Liza Abdullah.
Majlis menyambut menantu di sebelah pihak Syamsul pula akan diadakan pada 18 April ini bertempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.
Pada majlis itu nanti, Syamsul dan Sarah akan disandingkan bersama-sama adik Syamsul, Syafiq Yusof yang akan diijabkabulkan dengan tunangnya, Aiesyah Zainal pada 5 April depan.
syamsul
syamsul1
syamsul2
    syamsul4
syamsul3
Oleh: AUDREY LEE
Foto: Rotikaya

MH370: Waris Keluarga Dari China Terus Bikin Kecoh Di Malaysia!

MH370: Waris Keluarga Dari China Bikin Kecoh Di Malaysia!
Waris penumpang MH370 dari China mahu Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines (MAS) meminta maaf kerana mengisytihar kematian kesemua 239 orang dalam penerbangan MH370, kononnya tanpa mengemukakan bukti konklusif.
Seorang wakil kepada 34 orang waris berkenaan, Jiang Hui menuduh kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bertindak dengan tidak bertanggungjawab apabila mengumumkan perkara itu, 24 Mac lalu.
“Kami mahu Kerajaan Malaysia dan MAS memohon maaf kepada keluarga dan waris berkenaan isu ini.
“Pada 24 Mac, Kerajaan Malaysia beri kenyataan tidak bertanggungjawab bahawa kapal terbang terhempas tanpa bukti,” kata beliau dalam sidang media dalam bahasa Mandarin di sebuah hotel di Subang hari ini.
Katanya, mereka kini terdesak kerana pertemuman dengan wakil penting Malaysia sebelum ini hanya memberi “maklumat tidak efektif kepada mereka”.
Mereka juga kesal kerana wakil berkenaan perlu memeriksa maklumat dengan kerajaan Malaysia untuk setiap pertanyaan mereka.
Oleh itu, kumpulan tersebut mahu bertemu dengan wakil dari kerajaan Malaysia, pembuat pesawat Boeing, pembuat enjin, Rolls Royce, syarikat satelit Inmasat serta wakil operasi mencari dan menyelamat bagi mendapatkan jawapan.
“22 hari telah berlalu, tiada satupun mereka menemui kami. Adakah ini bermakna qualiti produk mereka bermasalah?…
“Kami berharap dalam beberapa hari ini kami turut boleh bertemu dengan pasukan penyelamat, MAS dan kerajaan Malaysia untuk berkomunikasi.
“Kami harap komunikasi ini tak berlaku seperti di Beijing,” katanya.
s1
Kata-katanya itu disambut dengan sorakan slogan “Kami mahu kebenaran”, “Kami mahu bukti”, dan “Kami mahu keluarga kami” oleh kira-kira 30 orang yang lain.
Individu berkenaan turut mengenakan baju-T berwarna putih dengan tulisan “Doakan untuk MH370″ dan “Kembalilah dengan aman” dalam bahasa Cina.
Kumpulan berkenaan turut mempamerkan kain rentang dengan slogan sama.
Kumpulan waris kepada penumpang berkenaan dibawa untuk menyertai satu perbincangan dengan wakil kerajaan Malaysia dan juga Malaysia Airlines di hotel berkenaan, sebaik tiba dari Beijing pagi ini.
Terdahulu, para waris penumpang berkenaan mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan kepada para wartawan selepas pertemuan selama lebih dua jam.
Seramai 15 orang dari 34 orang yang menyertai pertemuan tersebut menegaskan mereka “tidak mahu bercakap”, apabila para wartawan mengerumuni mereka sebaik keluar dari bilik perbincangan di hotel tersebut.
Wakil Kedutaan Cina yang diketuai setiausaha pertamanya Liu Peng Xiang juga enggan memberi sebarang kenyataan ketika diasak para wartawan.
Kumpulan waris tersebut, yang menyertai perbincangan sebaik tiba di Malaysia pagi ini, diiringi oleh 20 orang wakil MCA, diketuai naib presiden Datin Chew Mei Fun.
Seramai lapan orang wakil MAS, termasuk enam anggota keselamatannya turut mengiringi para anggota keluarga penumpang berkenaan dari pintu dewan perbincangan ke sebuah lif.
Tiada anggota polis dilihat mengawal para anggota keluarga tersebut, yang dikerumuni seramai kira-kira 50 orang petugas media dari pelbagai agensi dalam kejadian selama kira-kira 10 minit itu.
Para wartawan yang berasak-asak dalam kejadian tersebut menunggu sejak jam 11 pagi di luar bilik berkenaan sebaik mendapat tahu para waris tersebut dibawa ke hotel berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Naib presiden MCA Datin Chew Mei Fun yang mengetuai unit bantuan krisis parti itu merupakan wakil kerajaan Malaysia untuk berurusan dengan anggota keluarga penumpang berkenaan. – sumber Malaysiakini.com

SEGERA: Hamilton Ungguli Grand Prix Malaysia Petronas 2014

Hamilton Ungguli Grand Prix Malaysia Petronas 2014


SEPANG – Pemandu Lewis Hamilton dari Mercedes AMG Petronas mengungguli kejohanan F1 Grand Prix Malaysia 2014 di Litar Sepang hari ini.
Rakan sepasukannya pemandu dari Jerman, Nico Rosberg menduduki tempat kedua sementara pemandu Infiniti Red Bull Racing juga dari Jerman, Sebastian Vettel di tempat ketiga. – BERNAMA

Sabtu, 29 Maret 2014

MH370: Rupanya Di China Lagi Banyak Nahas Melibatkan Pesawat Yang Mergorbankan Nyawa

HenanAirlines
MEDIA asing khususnya CNN melaporkan kebanyakan ahli keluarga penumpang warga China yang marah serta melabelkan Malaysia sebagai pembunuh kerana kehilangan ahli keluarga mereka yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Pesawat itu hilang sejak 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing.
Kemarahan itu dilihat terlalu meluap-luap sehingga terjadinya beberapa insiden antaranya ialah protes di hadapan Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing, China baru-baru ini.
Selain itu wakil peringkat tertinggi Malaysia ke Beijing juga dilihat menerima cemuhan dan provokasi dari ahli keluarga di China yang tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan krisis MH370.
Mereka mendakwa Malaysia lemah dalam menguruskan insiden MH370 dan menyembunyikan banyak maklumat berkaitan pesawat berkenaan.
Penulis membuat analisis berkaitan statistik nahas pesawat yang berkaitan pesawat dari China dan hasil pemeriksaan mendapati nahas melibatkan pesawat negara itu lebih banyak.
Syarikat penerbangan dari China telah terlibat dalam berpuluh-puluh nahas sebelum ini tetapi tidaklah banyak sangat kritikan diterima dari kerajaan China kerana jumlah kematian yang agak tinggi.
Malaysia Airlines (MAS) jika mengambil kira nahas berskala besar hanyalah dua iaitu sebelum di Tanjung Kupang pada tahun 1977 yang terhempas akibat dirampas.
Kemungkinan tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan Malaysia dan MAS adalah kerana disebabkan lokasi pesawat yang masih belum ditemui dan juga pelbagai teori provokasi yang direka media asing sehingga mengakibatkan hati ahli keluarga keliru.
NahasUdaraChina
Nahas udara terbaru membabitkan syarikat penerbangan di China ialah pada 24 Ogos 2010, pesawat Henan Airlines melibatkan jenis pesawat ERJ-190 yang terhempas di Yichun City, wilayah Heilongjiang.
Seramai 44 orang penumpang terbunuh manakala 52 orang cedera dalam kejadian itu.
Nahas pertama direkodkan ialah dari pesawat milik Penerbangan Awam China pada 26 April 1982 terhempas di Yangshuo, wilayah autonomi Guangxi Zhuang.
Ia melibatkan pesawat jenis Trident 2E yang meragut nyawa 112 orang.
Daripada tahun 1982 hingga nahas terakhir pada 2010 itu, sebanyak 21 nahas pesawat melibatkan pesawat China di beberapa lokasi dengan tiada satu pun nahas yang tidak melibatkan kematian.
Kita berharap selepas penemuan serpihan pesawat MH370 yang diyakini ramai akan ditemui cuma masa menentukannya, emosi para ahli keluarga China akan kembali reda sebaik bukti yang didesak dari Malaysia ditemui kelak.
Oleh : AIRY ARIS

MH370: Dua Pesawat C-130 TUDM Tiba Di Perth

MH370: Dua Pesawat C-130 TUDM Tiba Di Perth
Dua pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat mendarat di Pengkalan Tentera Udara Pearce di Perth, Australia hari ini untuk menyertai operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Ia susulan kenyataan media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelmarin yang memaklumkan pasukan Malaysia akan dihantar ke Perth bagi menyertai misi berkenaan di selatan Lautan Hindi.
Operasi mencari kini bergerak ke sebuah lokasi baru lebih dekat dengan Perth kira-kira 1,850km berbanding lokasi asal pencarian iaitu 2,500km dari Perth.
Pesawat C-130 itu difahamkan membawa bersama 20 anggota pasukan Malaysia yang terdiri dari pelbagai agensi untuk bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang mengetuai misi di kawasan itu.
Sementara itu, hari ini Pesawat China mengesan tiga objek mencurigakan terapung di Lautan Hindi di dalam kawasan pencarian pesawat MH370.
Agensi berita Xinhua melaporkan, pesawat tentera China Ilyushin IL-76 mengesan tiga objek terapung berwarna putih, merah dan oren, dari ketinggian 300 meter dari aras laut.
Kapal laut China telah diarahkan ke kawasan tersebut.

MH370: Selebriti Tanah Air Berbangga Pernah Jadi Anak Kapal MAS

Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
TRAGEDI MH370 yang tercetus, nyata menggemparkan dunia ketika ini.
Tidak kira pangkat, darjat, bangsa mahupun usia, semua insan tersentuh serta tertanya-tanya mengenai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu yang dilaporkan mengakhiri penerbangan di Lautan Hindi.
Kelompok artis tempatan turut terkejut dengan insiden ini apatah lagi mereka yang pernah bertugas sebagai anak kapal dengan MAS suatu ketika dulu.
Lantaran hari ini, RAP mengumpulkan beberapa nama yang pernah menjadi pramugara dan pramugari MAS seperti Raja Azmi Raja Sulaiman, Ziana Zain, Amy Mastura, Ellie Suriaty Omar, Anuar Zain, Faezah Elai dan Nazim Othman. Antara yang lain termasuklah Datin Normala Shamsuddin, Fouziah Gous dan artis yang masih bertugas iaitu Zarul Umbrella.
Nazim Othman – Bertugas: 2000 – 2008
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Sepanjang menjadi pramugara, saya tidak pernah pula melalui peristiwa yang menakutkan. Apapun kes yang menimpa pesawat MH370 ini sangat luar biasa. Jadi, saya mengharapkan masyarakat dapat menerimanya secara positif dan tenang apa yang sudah berlaku. Janganlah membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan keadaan tegang dan menyinggung perasaan ahli keluarga mangsa.
“Saya sangat terkesan dengan apa yang berlaku. Walaupun hakikatnya sangat pahit untuk ditelan, apa boleh kita buat kerana ia takdir Tuhan.
“Sebagai manusia biasa, kita hanya mampu pasrah dan berdoa. Apapun, saya tetap berbangga dengan cara pengurusan MAS dalam tragedi ini dan semua pihak SAR sedang berusaha bersungguh-sungguh mencari di mana kotak hitam.”

Amy Mastura – Bertugas: 1989 – 1994
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Saya sempat lima tahun bersama MAS namun apabila berjaya pertandingan Asia Bagus! pada 1993, saya akhirnya berhenti daripada MAS, setahun kemudian.
“Syukurlah sepanjang lima tahun saya dengan MAS, tidak pernah pun saya berdepan situasi genting. Pun begitu seperti semua anak-anak kapal lain, kami dilatih untuk berdepan sebarang kemungkinan.
“Biasanya sebelum suatu penerbangan berlepas, kesemua anak-kapal terbabit lebih dulu diberi taklimat penting sebagai persiapan kerana kita mahu semuanya berjalan lancar.
“Ketika ini saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat penumpang MH370. Saya yakin semua anak kapal kita dalam MH370 sudah melakukan yang terbaik dalam tugasan mereka dan usahlah kita berprasangka buruk terhadap mereka dan mendengar spekulasi negatif.”

Raja Azmi – Bertugas: 1979 – 1983
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Sebelum menjadi produser filem, saya pernah bertugas dengan MAS ketika berumur 19 tahun dengan pesawat jenis Fokker F27. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan kerana saya suka melayan penumpang dan mendapat ramai kawan. Malah setiap kali menyarung pakaian seragam MAS, saya sangat bangga apatah lagi ketika itu hanya ada satu syarikat penerbangan komersial di Malaysia.
“Daripada F27, saya beralih ke pesawat Boeing 737, DC10, Airbus A300 dan akhir sekali, Boeing 747.
“Paling jauh saya ‘terbang’ ialah ke Rom, Itali pada 1983. Rombongan Sultan Pahang turut menaiki kapal terbang berkenaan.
“Antara saat cemas buat saya apabila kami mengalami gangguan cuaca dalam perjalanan ke Manila pada 1982. Pesawat Boeing 737 kami tiba-tiba menempuh ‘air pocket’ dan ditarik hampir 20 kaki ke bawah!.
“Habis air kopi yang mahu saya hidangkan tercurah ke badan saya apabila kapten tidak sempat memberikan isyarat amaran. Walaupun panik seketika, semua penumpang selamat dan faham dengan situasi ‘air pocket’.”

Ellie Suriaty – Bertugas: 1991 – 1998
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Terus terang niat asal saya menjadi pramugari adalah untuk mencari seorang kawan baik ketika kami bersekolah dulu. Saya akhirnya bertemu juga dengan rakan saya itu.
“Saya puas kerana berpeluang menjelajah banyak negara seperti England, Kanada, Belanda, Australia, China dan Jepun.
“Biasanya apabila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan menjadi penghibur dan mereka seperti ahli keluarga kita. Kami anak-anak kapal memang akrab.
“Melalui gangguan cuaca adalah perkara biasa. Namun kami semua sudah diajar untuk tenang dan sentiasa sedia. Paling penting usah tunjukkan rasa gugup di depan penumpang dan perlu jadi kuat. Kami kerap menjalani kursus dan mendengar taklimat penerbangan.”

Ziana Zain – Bertugas: 1990 – 1992
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Saya hanya sempat terbang dengan MAS selama dua tahun tetapi saya tetap seronok dan gembira menjadi ‘cabin crew’. Paling gembira apabila kita dapat melihat negara orang dan pergi ke tempat yang mungkin sukar untuk saya lawati ketika itu kerana keluarga saya bukannya orang yang senang.
“Penerbangan terakhir saya adalah ke Dubai sekitar Julai 1992. Selepas itu saya terpaksa berhenti demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya nyanyian.
“Saya bangga kerana dalam keluarga, adik saya, Anuar juga bekas pramugara dan suami saya (Armin Zaharin) masih lagi berkhidmat sebagai ketua pramugara MAS. Aura MAS nampaknya masih dekat dengan saya kerana sudah 24 tahun Armin bertugas dengan MAS.”

Anuar Zain – Bertugas: 1990 – 2000
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Saya bangga dapat berkhidmat dengan MAS selama lebih 10 tahun kerana bersama mereka banyak memberikan pengalaman indah dan berharga dalam kehidupan saya.
“Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan ramai individu yang begitu komited pada kerja dan disiplin mereka sangat hebat.
“Apatah lagi, ketika berkhidmat dulu pun saya ada pengalaman pernah bekerja dengan beberapa anak kapal yang terbabit dalam tragedi pesawat MH370 seperti ketua pramugara, Andrew Nari dan penyelia, Patrick Francis Gomes.
“Mereka ternyata orang-orang yang bagus dan amat baik belaka. Seperti Andrew, dia adalah orang yang bertanggungjawab membentuk saya dalam menjadi seorang pramugara yang baik ketika itu dan seorang yang cukup merendah diri dan mesra.
“Begitu juga dengan Patrick, saya paling mengingatinya sebagai seorang yang cukup berdedikasi dan amat mementingkan keselamatan penumpang ketika berada di udara.
“Hanya doa yang mampu saya berikan kepada mereka.”

Danny X-Factor – Bertugas: 2003 – 2006
Selebriti Bangga Jadi Anak Kapal
“Banyak pengalaman manis dirasai sepanjang saya bertugas dengan MAS. Pendapatan saya termasuk elaun sebulan boleh mencecah sehingga RM8,000 dan saya juga sempat membuat umrah di Makkah. Antara pesawat yang pernah saya naiki ialah Boeing 737, Airbus 200, Airbus 300, Boeing 777 dan Boeing 747.
“Bercakap mengenai pengalaman getir, ia lebih kepada penerbangan dalam hujan lebat kerana kita harus bijak mengawal suasana supaya penumpang tidak gelisah.
“Biasanya apabila cuaca buruk, pesawat tidak akan terus membuat pendaratan, sebaliknya akan berlegar-legar dulu buat seketika di udara.
“Ketika ini ada penumpang akan tertanya-tanya dan kami akan memberitahu dengan baik agar mereka tenang dan memakai tali pinggang keledar.
“Sebagai anak kapal, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik buat penumpang. Ragam penumpang itu perkara biasa buat kami.”

Faezah Elai – Bertugas: 2003 – 2005
“Saya sempat berkhidmat selama tiga tahun dengan MAS. Namun saya bertuah kerana sudah ‘terbang’ jauh hingga ke New York. Antara pesawat yang saya naiki adalah Boeing 737, 777 dan 747.
“Banyak cabaran harus dilalui sebagai pramugari dan kita perlu melayan semua penumpang dengan sebaik mungkin.
“Tiada istilah yang buruk atau teruk kerana bagi saya semua cabaran itu harus digalas dengan penuh rasa tanggungjawab. Malah saya seronok bermesra dengan penumpang yang ramah dan mendapat kawan baru. Lebih teruja kalau saya dapat bertugas bersama anak-anak kapal yang rapat andai kami ‘terbang’ ke satu-satu destinasi yang jauh.
“Kalau ada ‘night stop’, kami boleh berjalan-jalan dan membeli-belah bersama.” – Harian Metro

#MH370 - Daripada Hipoksia Ke Kebakaran, Pakar Penerbangan Siasat Nasib Pesawat

MAS Bawa Keluarga Ke Perth Jika Serpihan Sah MH370
Genap tiga minggu sejak pesawat Malaysia Airlines MH370 lesap dan pelbagai teori mengenai insiden itu dikemukakan.
Portal persatuan penerbangan British meminta pakar dalam industri itu menghadiri persidangan di London baru-baru ini untuk mendapatkan kepakaran dan pendapat mereka mengenai punca di sebalik kehilangan MH370, memetik laporan The Malaysian Insider.
“Kumpulan Operasi Penerbangan (FOG) baru-baru ini mengadakan persidangan dua hari di London mengenai peranan ketua pesawat udara pada abad ke-21,” lapor laman web Persatuan Penerbangan Diraja British, aerosociety.com.
“Persidangan itu turut disertai speaker yang diwakili oleh juruterbang, syarikat penerbangan, pembuat dan pengeluar serta pembuat undang-undang,” lapor portal itu.
Aerosociety.com mendapatkan pendapat para pakar berkenaan berhubung apa yang mungkin terjadi kepada MH370 dan pelbagai teori yang wujud sejak pesawat itu hilang daripada skrin radar awam pada awal pagi 8 Mac.
Berikut adalah sedutan daripada laporan itu.
Apa pandangan anda mengenai teori alternatif ini?
1. Pesawat itu kekurangan tekanan udara tetapi terus terbang
Ia boleh berlaku. Ini boleh menjelaskan perubahan awal altitud dan arah tuju, begi juga kekurangan komunikasi tetapi tidak memberi penjelasan mengapa ACARS dan transponder dipadamkan.
2. Pesawat dipenuhi asap toksik
Tidak mungkin. Jurutebang sepatutnya sudah boleh menghantar panggilan kecemasan dan sekali lagi, tidak tidak menjelaskan mengapa ACARS dan transponder dipadamkan.
3. Berlaku kebakaran dalam pesawat yang memusnahkan sistem komunikasi
Tidak mungkin sekali gi. Ini boleh menjelaskan kekurangan komunikasi tetapi ia tidak memungkinkan pesawat boleh terus terbang selama tempoh yang dilaporkan jika api terus membakar.
4. Pesawat itu dirampas
Teori yang mungkin berlaku tetapi pesawat itu tidak diterbangkan ke destinasi lain atau digunakan sebagai senjata dalam serangan mati dan keganasan. Jika perampasnya ialah seorang individu, maka tidak ada seorang pun atau motif dikenal pasti lagi, jika ia tindakan sebuah kumpulan, tiada organisasi yang mendakwa bertanggungjawab atas kejadian ini.
5. Pesawat itu sengaja dilencongkan oleh juruterbang/pembantu juruterbang
Sekali lagi teori ini mungkin berlaku tetapi alasan untuk ini masih belum dikenal pasti. Jika ia adalah cubaan membunuh diri, maka mengapa pesawat itu terus terbang bagi tempoh yang lama?
Soalan teknikal
1. Adakah mudah untuk memadamkan ACARS dan transponder?
Transponder boleh ditutup dari kokpit dan ia dilakukan secara rutin apabila pesawat mendarat. Menutup ACARS lebih rumit dan memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan dengan sistem itu dan perlu ke ruang avionik pesawat.
2. Bolehkah sistem komunikasi pesawat terpadam dengan cara lain – seperti kebakaran/terlanggar buruk/putus bekalan elektrik/sabotaj pihak ketiga daripada ruang avionik?
Melanggar burung tidak mungkin menyebabkan kerosakan seumpama itu tetapi penjelasan yang lain mungkin boleh berlaku. Adalah munasabah untuk sistem komunikasi terputus dari ruang avionik tetapi ini sepatutnya boleh dicegah jika keselamatan adalah mencukupi.
3. Peta bergerak IFE menunjukkan pesawat bergerak jauh dari laluannya. Jadi, mengapa tiadak panggilan telefon bimbit daripada penumpang atau anak kapal pesawat itu?
Peta IFE mungkin dipadamkan. Kebanyakan penumpang mungkin sedang tidur dan tidak menyedari sesuatu yang buruk sedang berlaku hingga ia sudah terlalu lewat untuk berbuat sesuatu.
Jika mereka cuba menggunakan telefon selepas itu dalam penerbangan, pesawat itu mungkin sudah berada di kawasan terpeincil di lautan di mana tidak ada isyarat.
Secara alternatifnya, penumpang dan anal kapal kehilangan upaya, seumpamanya mengalami hipoksia berikutan pesawat itu kekurangan tekanan udara.
4. Berapa lama pesawat itu boleh terbang dalam keadaan kekurangan udara?
Pesawat itu boleh terus terbang secara automatik hingga kehabisan minyak. Kesannya terhadap penumpang berbeza bergantung kepada altitud kapal terbang itu.
Jika pesawat itu di atas 10,700m, ia mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang kehilangan upaya. Bagaimanapun, jika pesawat itu kekurangan tekanan udara, topeng oksigen untuk penumpang patutnya akan terkeluar secara automatik dan ia boleh bertahan untuk kira-kira 15 minit.
Anak kapal mungkin boleh bertahan lebih lama menggunakan topeng oksigen bergantung kepada sama ada mereka menggunakan oksigen asli atau oksigen campuran.
5. Bolehkan data atau isyarat pandu tuju di kotak hitam tercemar ketika penerbangan?
Tidak boleh. Perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan tidak boleh terusik.
6. Bolehkah data daripada pesawat masih dihantar ke satelit jika pesawat itu sudah mendarat/terhempas di laut?
Tidak.
7. Kumpulan Operasi Penerbangan RAeS pernah menulis laporan mengenai bahaya bateri ion litium dalam kargo pesawat. Bolehkan ia menjadi penyebab kepada kebakaran?
Munasabah tetapi tidak mungkin. Dilaporkan bateri litium dibawa di bahagian tepi pesawat tetapi pesawat itu tidak mungkin dapat terus terbang dalam tempoh lama jika kebakaran berlaku. Ia juga tidak menjelaskan mengapa sistem komunikasi terpadam.
8. Apa berlaku apabila pesawat terbang dalam mod pilot automatik ke penghujung titik arah FMS? Terus terbang tegak, atau pusingan?
Ada opsyen untuk pesawat itu sama ada meneruskan perjalanan ke arah tujuan sedia ada atau mula membuat pusingan.
9. Adakah aliran data secara langsung (atau dicetuskan) daripada kotak hitam boleh dilaksanakan?
Ya, ia boleh dilakukan tetapi kosnya sangat mahal untuk syarikat penerbangan memasang sistem berkenaan di setiap pesawatnya.
10. Apa pendapat anda kesan kejadian ini kepada industri penerbangan?
Perubahan dalam prosedur ATC iaitu bila pesawat perlu melakukan komunikasi. Memperbaiki komunikasi antara organisasi awam dan ketenteraan antarabangsa. Semua syarikat penerbangan perlu mempunyai sel krisis yang boleh diaktifkan untuk nahas pesawat. Kedudukan dan status pesawat boleh dihantar secara berkala kepada syarikat dan pengeluar penerbangan – tetapi sistem itu akan membabitkan kos tinggi untuk dipasang.
Aerosociety.com berkata seorang pakar teknikal menyatakan bagi setiap alasan munasabah yang dicadangkan di atas, terdapat sekurang-kurangnya satu kenyataan bercanggah.
“Jika ia adalah hipoksia, jadi siapa yang memusingkan MH370?” “Jika ia kebakaran, jadi bagaimana pesawat terus terbang?” “Jika ia perbuatan anak kapal, jadi mengapa tiada kru yang menghalang?”
Pakar teknikal memberitahu portal itu mungkin lebih daripada satu senario itu berlaku secara serentak, contohnya kebakaran pendawaian dan kekurangan tekanan udara.
Bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah, sehingga lebih banyak bukti ditemui, tidak ada apa yang boleh dibuktikan